Friday 29 July 2016

Jom baca surah Al Kahfi 2

Jom Baca Surah Al Kahfi 2


Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah yeay jumaat tiba lagi ..

Masa untuk hafal ayat kedua al Kahfi tapi sebelum tu nak tanya ayat pertama dah hafal ??

Dah??
Tahniah ‼️
Belum ⁉️
Jangan tangguh!!Ajal tak tahu bila, baik mula membaca sekarang,bila lagi nak tambah pahala .
Ok ok ok..

Hari ni nak mulakan ayat kedua !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ayat 2



Arab :


قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Rumi :
Qay yi man li yun zi ra ba' sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu' mi nii nal laza yi na yak la malu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana

Terjemahan :
Sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.

Apa ni ?

tak faham la ??

Ala relaks jangan kecoh lagi.

Maksudnya adalah:

قَيِّمًا

Quran itu teguh maknanya; Lurus cara penyampaiannya. Perkataan "Qoyyiman" itu bermaksud sesuatu yang berdiri tegak. Ianya terus berdiri tegak membawa manusia kearah jalan yang lurus. Quran itu tidak dapat diubah. Ia akan tetap memberikan peringatan kepada manusia. Ini adalah bandingan dengan kitab-kitab lain sebelum Quran. Kitab-kitab itu telah diubah oleh pemuka-pemuka agama sebelum Islam. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut-penganutnya telah jatuh sesat. Quran akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
Tentu kita ingat dalam solat kita setiap hari, kita akan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kita ‘siraatal mustaqim’. Maka, dalam ayat ini, diberitahu kepada kita bahawa untuk mendapat jalan yang lurus adalah melalui Quran.

لِيُنْذِرَ

Supaya Nabi memberi ancaman; ancaman apakah yang dimaksudkan?

بَأْسًا شَدِيدًا

Ancaman azab yang pedihbagi sesiapa yang tolak tauhid. Iaitu mereka yang tolak pengesaan kepada Allah taala. Dan bagi mereka yang tidak mengambil peringatan dari Quran. Tidak mengendahkan langsung apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Kepada mereka, akan diberikan azab yang amat pedih. Itu adalah balasan di akhirat kelak.
Ada satu lagi maksud lain. Perkataan بَأْسًا bermaksud kesusahan dan kepayahan. Samada dari segi ekonomi atau sosial. Dalam keadaan yang berat, ia boleh juga melibatkan peperangan. Apabila ada peperangan, macam-macam kepayahan akan dirasai oleh manusia. Ulama berpendapat ianya adalah kepayahan yang timbul dari fitnah Dajjal dan kesiksaan yang timbul darinya.
Allah tambah lagi perkataan شَدِيدًا dalam ayat ini, menambahkan lagi kehebatan dugaan itu. Ini bukan dugaan yang main-main.

مِنْ لَدُنْهُ

Daripada sisiNya; Di Mahsyar nanti. Dari sisiNya itu bermakna tidak ada yang dapat memberi siksaan seperti siksaanNya dan tidak ada pula yang boleh mengikat seperti ikatanNya.
Allah menggunakan perkataan لَدُنْهُ dalam ayat ini. Ada perkataan yang hampir sama – عند (inda). Dua-dua bermaksud ‘disisi’. Tapi perkataan لَدُنْهُ lebih kuat lagi. Kerana kalau kita gunakan perkataan عند, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu, tapi tidak semestinya dia ada benda itu bersamanya sekarang. Tapi kalau perkataan لَدُنْ digunakan, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu itu dan sedang ada bersamanya. Ini bermaksud, fitnah Dajjal itu pasti akan terjadi. Ianya tidak dapat dielakkan lagi. Kerana ianya adalah dari sisi Allah taala.
Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan akan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman sempurna; orang mukmin adalah orang yang tidak buat syirik kepada Allah. Atau kalau dia pernah buat tanpa sengaja kerana dia tidak belajar lagi, dia telah bertaubat. Kerana banyak orang telah buat syirik kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan selama itu adalah syirik. Mereka sangka dulu apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak. Dan apabila kita membawakan dalil-dalil yang sahih dari Quran, mereka terima dengan rela hati. Mereka yang beriman adalah mereka yang beriman dengan ajaran dari Quran.

الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ

Iaitu orang orang yang melakukan amal soleh;

Orang yang beriman dalam hatinya, akan mudah untuk melakukan amal-amal yang soleh. Kerana mereka tahu bahawa iman bukan hanya dalam hati sahaja, tapi akan dizahirkan dalam amal perbuatannya.

Amal soleh adalah amal ibadat yang dibuat mengikut sunnah Nabi atau Quran. Amal selain dari itu akan ditolak. Iaitu amal-amal yang tidak ada dalil yang sahih. Amalan sebegini tidak diterima. Inilah yang dinamakan bidaah. Iaitu amalan baru yang tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad. Sekarang banyak amalan yang sebegitu. Tidak tahu dari mana asalnya. Kalau ada yang kata Allah akan beri pahala tanpa mereka membawakan bukti dari Quran atau Sunnah, itu adalah dusta kepada Allah.

Orang-orang yang amalkan bidaah sebenarnya adalah pendusta atas nama Allah. Kerana dia kata amalan itu boleh dapat pahala padahal Allah dan Nabi tak pernah cakap. Dan dia sebenarnya telah buat syariat sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa amalan bidaah adalah mereka yang mengambil tugas Nabi. Sepatutnya amalan syariat disampaikan oleh Nabi sahaja, tapi mereka telah ambil tugas Nabi dan buat syariat sendiri. Sesiapa yang buat syariat sendiri, dia akan masuk neraka tak keluar-keluar sampai bila-bila.

Lihatlah perkataan yang digunakan oleh Allah: orang beriman yang beramal soleh. Selalunya, Allah menyebut orang beriman sahaja. Tapi dalam ayat ini, tidak cukup dengan hanya beriman sahaja. Orang itu mestilah juga beramal soleh. Ini adalah kerana dugaan yang akan diberikan kepada manusia itu adalah amat berat, sampaikan kalau hanya beriman sahaja tidak cukup – kena beramal soleh juga.

أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Bagi mereka pahala yang baik; Iaitu kepada yang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh, yang datang dari Nabi, mereka akan mendapat balasan syurga. Tidak jelas bahawa balasan yang diberikan itu adalah balasan di akhirat. Kerana ayat yang digunakan adalah ‘pahala yang baik’. Tapi dalam ayat yang seterusnya, Allah menyebut bahawa mereka yang mendapat balasan itu akan kekal ‘selamanya’. Oleh itu, tempat yang kekal itu hanya di syurga. Jadi, dari sini kita boleh faham bahawa balasan yang dimaksudkan adalah balasan di akhirat kelak.
Mereka akan mendapat balasan itu di akhirat kelak. Bukanlah ianya menidakkan mereka akan mendapat balasan juga di dunia. Kerana, Allah boleh memberi balasan yang baik semasa di dunia lagi. Kerana orang yang ada iman dalam hatinya, akan berasa tenang sahaja. Mereka tidak ada kerisauan dalam dunia ini kalau mereka berharap hanya kepada Allah.
Tapi, yang pasti seseorang yang beriman dan beramal soleh, pasti akan dapat balasan baik itu di akhirat kelak. Balasan di dunia, belum tentu lagi. Kerana kadang-kadang semasa kita di dunia, banyak halangan dan dugaan yang kita kena hadapi. Oleh itu, kita jangan berharap sangat akan dapat balasan di dunia. Dan jangan kita sedih kalau kita tidak dapat balasan di dunia. Kerana tidak semestinya Allah akan balas balasan baik itu di dunia.
Balasan yang baik itu hanya kepada orang mukmin yang beramal ibadat yang soleh sahaja. 
Ayat kedua ni berkait dengan ayat pertama.
Siapa yang hafal terjemahan ayat pertama mesti faham.

Tu laaa sapa suruh tak hafal.

Haaa menyesal kan
Pergi baca balik maksud terjemaah ayat pertama Sekarang

Jangan nangis..masih ada masa.. kring...kring...

Jom hafal sekarang!!

Masih belum terlambat 

Pesanan ciked buat yang rasa bacaan ni tak penting 

☺ ingat ya sayang kita umat Muhammad SAW. 

Ertinya lepas ni dah tak ada Nabi lain ertinya kita umat yang terakhir ertinya kiamat makin dekat 

 bila kiamat makin dekat,apa yang lagi hampir

Dajjal ‼️

Jadi korang semua pilih nak jadi pengikut dia atau orang beriman!

Malas tu simpan untuk perbuatan maksiat. Rajin tu buat untuk ibadat.

Ayuh. bangkitlah‼️

*****************************************************************


Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :






Wechat : Usrahmuslimahsolehah



Instagram : usrahmuslimahsolehah






Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)








Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment