Friday 12 August 2016

Jom Baca Surah Al Kahfi 4

Assalamualaikum WBT..

Macam mana dengan hafalan surah al kahfi dari ayat 1 hingga 3?? dah hafal ke belum ni??

cepat-cepat hafal ye. Banyak lagi nak ke hafal ni..hehehe..

baiklah tanpa membuang masa kita teruskan hafalan dengan ayat seterusnya.

Ayat 4


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Arab :


وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًا

Rumi :


wayundziralladziina qaaluu ittakhadzallaahu waladaa

Terjemahan :


Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”. 

Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak. Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah. Apakah maksudnya? 

Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang. Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.

Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu, Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggil tawasul.

Alhamdulillah ini sahaja untuk ayat ke 4. Bagi yang macam blur-blur bila baca terjemahan ni.

Cuba nk faham ? tapi tak faham-faham juga 

Cuba rujuk ayat sebelum ni sebab surah alQuran ni macam buku cerita yang lengkap. 

Tunggu dibaca je oleh kita


Nantikan sambungan kisah surah al kahfi pada minggu depan ayat ke 5 pula !


Harap manfaatnya tetap sampai.

Wallahualam.


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment