Monday 25 July 2016

Solat : apa itu solat? (Bahagian 2)

 Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: SOLAT
Tajuk kecil: Apa itu Solat?? (Bahagian 1)
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Apa itu solat?(Bahagian 2)

Semua dah ready ke???

In shaa Allah kita akan sambung semula perkongsian kita pada malam ini berkaitan Apa itu Solat?

Hubung kait pengertian solat syarak dan solat makrifat


Di dalam pengertian syarak ➡️ ia lebih menerangkan perihal kaedah atau cara perlakuan solat dari zahir kepada batin.


Pengertian ariffbillah ➡️ lebih tertumpu kepada perhubungan dari batin kepada diri batin.

Tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama iaitu, Allah.


Syarak atau syariat ➡️ bermakna peraturan, hukum atau undang-undang.

Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat zahir ini. Justeru itu pentakrifan syariat itu lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat zahir kepada manusia.

Sesuatu yang zahir itu tidak dapat dizahirkan melainkan ada yang batin. Perkara batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat menghuraikan perkara batin.

Justeru itu istilah syariat banyak mengandungi kias dan perumpamaan yang perlukan ilmu untuk difahami. Solat dalam takrifan syarak itu ada sedikit kias.


Kiasannya ➡️ bagaimana perkara zahir (Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh bersama dengan perkara batin (beribadah kepada Allah)

Hanya perkara batin yang dapat bersama perkara batin. Hanya batin yang mengenal batin.


Bagaimana yang zahir boleh mengenal yang batinPerkara zahir adalah perkara nampak. Perkara batin adalah perkara tak nampak. Bagaimana perkara nampak hendak melihat perkara tak nampak

Contohnya begini :


Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan. dan cuba kita ambil buah manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh? Nescaya tidak boleh. Tangan itu perkara zahir, mana mungkin boleh ambil manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau hayalan. 
Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau Theta (berhayal atau mimpi). Dalam hayalan itu, cuba kita ambil manggis tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa sedapnya. Kalau hayalan atau mimpi kita kusyuk, nescaya kita dapat merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar terasa di tekak.

Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara batin boleh dirasa oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat mengenal batin.


Buah manggis dalam hayalan atau mimpi itu hanya boleh dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang sedar boleh merasa manggis yang wujud dalam hayal atau mimpi. 
Jika dibawa ke persoalan solat, takrif ariffbillah (makrifat), lebih sama kepada perkara batin dan takrif syarak (syariat), lebih sama kepada perkara zahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu kepada Allah! cuma, jalannya sahaja yang berbeza.

Perlu diingat, meskipun tujuan jalan syariat dan jalan hakikat itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran syariat dan ramai juga pengikut-pengikut aliran hakikat “tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya? kerana mereka itu, kurang ilmu, hanya penuh dengan maklumat sahaja.

Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan?
Kita tahu kita tersesat, bila kita rasa kita masih tidak kenal dan tak jumpa akan apa yang kita cari. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke tempat dituju.

Bila kita masih tidak tahu apa itu ikhlas. 
Bila kita tak pernah rasa dan masih tercari cari apa itu kusyuk. Bila kita masih mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita "mampu" untuk mengucapkan syukur kepada Allah‼️

Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan, maka, hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu, adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita...

Bagaimana kita boleh tersesat jalan? Kita tersesat kerana kita tidak tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu. Kebanyakan daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu.

Maklumat tidak akan dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah). Untuk maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi memproses ilmu. Bila kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses maklumat untuk dijadikan ilmu.

Bila tahu cara memproses maklumat, maka barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan. Bila mengenal jalan, baru tak sesat.

Bila tak sesat, barulah sampai ke tempat tujuan. Maka, belajarlah❗️Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Walaupun ulama hadis mengatakan hadis ini palsu dan daif, itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.

Apakah Solat Itu Yang Menjadi Tujuan?


Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi solat (perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana solat adalah “perhubungan” yang perlu dilakukan untuk menyatakan Allah.


Allah menyatakan diriNya melalui perantaraan roh dan roh menyatakan diriNya melalui perantaraan tubuh jasad manusia. Tubuh jasad manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (reflextion) roh dan roh itu pula bersumberkan Allah. Maka kalau tidak bersolat, bagimana kita boleh menyatakan Allah,Maka bersolatlah. Jangan tinggalkan solat. Solatlah samada di dalam solat atau di luar solat. Solatlah samada solat di dalam takrifan syariat atau solat di dalam takrifan ariffbillah (makrifat).

Bila nyatanya Allah,maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanya Allah. Inilah ibadah, Inilah solat. Solat yang sentiasa tidak putus. Inilah Solat Daim (Perhubungan yang sentiasa tidak putus).

Inilah solat yang tidak berkesudahan bermula dari subuh, habis subuh, sambung ke zohor, habis zohor, sambung ke asar, sambung, ke maghrib,sambung ke isyak dan berbalik ke subuh, tanpa batasan waktu.

Alhamdulillah.. Berakhir sudah usrah dengan tajuk Apa itu solat? In shaa Allah minggu depan kita akan bincang topik yang baru. Semoga ilmu yang kita dapat hari ini dapat dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. In shaa Allah..

Wallahualam bissawab

------------------------------------------------

Moga Allah redha.

------------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment